IPOH - Perak mencapai kemenangan tipis 1-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak di sini, malam ini.

Kemenangan itu di hadapan lebih 10,000 penyokong juga menamatkan badi pasukan Perak yang kalah dalam dua perlawanan Liga Super sebelum ini.

Pada perlawanan seimbang itu, pasukan tuan rumah yang mengatur beberapa serangan awal berjaya mendahului 1-0 seawal minit ketiga menerusi sepakan
percuma dari luar kotak oleh Michal Kubala.

Pengadil Shokri Nor menghadiahkan sepakan percuma itu selepas pemain tengah Perak, Shahrul Nizam Mustapha dijatuhkan ketika pasukan Perak membuat serangan.

Kedua-dua pasukan cuba bangkit selepas itu bagi mencari gol tetapi percubaan-percubaan yang yang dihasilkan gagal mencipta sebarang gol.

Pada minit ke-18, ATM yang dibimbing B. Sathianathan berpeluang menyamakan kedudukan tetapi sepakan deras Zakuan Adha Abdul Razak berjaya ditepis keluar
penjaga gol Perak, Nasril Nourdin.

Ketinggalan 0-1 ATM menggandakan asakan tetapi peluang yang tiba di minit ke-29 gagal dimanfaatkan Fitri Omar yang menyepak deras bola melepasi palang gol
Perak.

Bermula separuh kedua, ATM menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan tetapi serangan-serangan awal yang diatur berjaya dikekang pertahanan Perak yang diketuai K. Nanthakumar.

ATM terus mengatur beberapa serangan selepas itu tetapi serangan yang diatur gagal menembusi kekentalan bentang pertahanan Perak.

Kubala berpeluang mendapatkan gol kedua tuan rumah di minit akhir perlawanan tetapi cubaannya ditepis keluar penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun. - Bernama

 

Perlawanan esok (Sabtu):

UiTM lawan Lions XII

NS Betaria lawan Melaka

POS lawan USM FC

KL SPA lawan MBJB

Terengganu lawan Polis

Negeri Sembilan lawan Johor FC

Shahzan Muda lawan Selangor

Kelantan lawan Sarawak

Kuala Lumpur lawan MP Muar

P Khan Reach lawan Pulau Pinang

Kedah lawan PKNS

Perlis lawan SDM Navy

Johor lawan T-Team

 

Perlawanan lusa (Ahad):

Sime Darby lawan Sabah

Felda lawan Pahang

 


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.