RANCAK melakukan persiapan menghadapi Piala Thomas dan saingan kelayakan Olimpik tahun ini, skuad badminton negara kini dikejutkan pula dengan jemputan kejohanan Piala Axiata pada 23 hingga 25 Mac ini.

Enggan menimbulkan spe­kulasi, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malay­sia (BAM), Ng Chin Chai ketika dihubungi mengakui tidak mempunyai maklumat jelas mengenai kejohanan tersebut.
 
“Piala Axiata ialah pertandingan antarabangsa dan saya tidak mem-punyai maklumat lengkap mengenainya,” katanya.
 
Baru dimasukkan dalam kalendar Persekutuan Badmin­ton Dunia (BWF) , Chin Chai mengakui sekiranya BAM dijemput untuk menyertai kejohanan tersebut, pihaknya sedia membuat keputusan lanjut mengenainya.
 
“Kita akan membuat keputusan berdasarkan keperluan kejohanan itu,” katanya.
 
Kejohanan berpasukan yang mempunyai format sama seperti Piala Thomas itu, difahamkan menjemput lapan pasukan lelaki bertanding dengan dua dari Malaysia dan Indonesia serta satu dari Thailand, Singapura, Vietnam dan Filipina dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai AS$1 juta (RM3 juta) yang dijadual­kan berlangsung di Malaysia dan Indonesia.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.