PERSEKUTUAN Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) melakar sejarah tersendiri apabila menjadikan Malaysia sebagai negara pertama yang melaksanakan penggunaan sistem pemarkahan digital dalam pertandingan silat.

Sistem pemarkahan itu buat pertama kalinya digunakan pada Kejohanan Silat Asia Tenggara 2017 yang berlangsung di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak dari 14 Mac hingga semalam.

Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, sistem itu menjadikan pemarkahan lebih sistematik seterusnya meningkatkan lagi mutu pengadilan dalam sesebuah kejohanan silat.

"Sistem ini memudahkan para juri membuat keputusan yang mana mereka tidak perlu dipanggil ke tengah gelanggang dan berbisik sesama mereka untuk mengesahkan jatuhan yang dibuat sama ada sah ataupun tidak.

"Mereka (juri) cuma duduk dan memutuskan sesuatu keputusan dengan hanya mengangkat bendera dan seterusnya keputusan itu akan dipaparkan di skrin,"

katanya kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Silat Asia Tenggara 2017 di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak, di sini, semalam.

Megat Zulkarnain berkata, selain memudahkan juri, penggunaan sistem itu juga dapat memberikan impak positif serta kelebihan kepada pesilat yang sedang beraksi.

"Pesilat akan dilabelkan dengan dua warna berbeza dan dipaparkan pada skrin yang terdapat di sekeliling gelanggang. Oleh itu dengan hanya jelingan, pesilat

dapat tahu kedudukan mata semasa mereka sama ada sedang mendahului ataupun ketinggalan," tambah beliau.

Katanya, walaupun sistem itu julung kali digunakan, ia mendapat reaksi positif dari seluruh negara yang bertanding pada kejohanan yang telah memasuki edisi ketujuh itu.

Namun, katanya terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki untuk memastikan sistem pemarkahan digital itu lebih efisien sebelum ia dapat menggantikan sistem pemarkahan sedia ada pada masa akan datang. - Bernama

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEPULUH pingat emas jadi sasaran kontinjen Kedah pada Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan 2017 Ke-9 yang membuka tirai di Kompleks Rakan Muda di Baling hari ini.
  • SKUAD negara beraksi cemerlang pada hari ketiga Kejohanan Silat Asia Tenggara apabila meraih tiga pingat emas dalam kategori Seni - Ganda Lelaki, Tunggal Lelaki dan Ganda Wanita, semalam.
  • PASUKAN pencak silat Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul johan bagi kategori IPT semasa menyertai Kejohanan Pencak Silat Piala DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia edisi Ke-2, yang berlangsung di Dewan Canseleri Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang di sini.
  • MUNGKIN pelik bagi sesetengah orang apabila melihat orang Barat mengajar silat namun bagi pengajar seni mempertahankan diri profesional kelahiran Jerman, Andre Mewis, beliau tidak bersetuju pandangan itu selepas menjadi pengamal seni bela diri itu sejak 1987.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.