$entry.content.caption.value
AKSI akhir Kejohanan Skuasy Klasik Cleveland sekali lagi mempertemukan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David dan juara bertahan, Laura Massaro dari England.
Tahun lalu, di pentas sama, Nicol gagal meneruskan rekod tanpa kalah apabila menjuarai kesemua sembilan perlawanan pada 2010, apabila Massaro berjaya menumbangkan ratu skuasy negara ini buat pertama kali dalam sejarah kerjayanya.
Pertemuan buat kali ke-13 nanti, bakal menyaksikan pertembungan sengit dengan Nicol tekad menyapu trofi keduanya tahun ini, selepas mengungguli Siri Dunia Akhir awal Januari lalu, sementara Massaro pasti enggan melepaskan kejuaraan kepada juara dunia enam kali itu.
Pada aksi suku akhir, Nicol mudah mengetepikan cabaran pemain utama Hong Kong, Annie Au dengan catatan 11-5, 11-6, 11-2 dalam tempoh 27 minit.
Perjalanan Nicol di separuh akhir turut mudah, apabila lawannya juga pilihan keempat kejohanan Madeline Perry, pemain Ireland tumbang, 11-3, 11-4, 11-6.






