DYBALA harus meninggalkan Juventus untuk mengembangkan kariernya,” demikian kata pertahanan  Juventus, Dani Alves mengakui bakat yang dimiliki rakan pasukannya , Paulo Dybala.

Menurutnya, Dybala mempunyai masa depan yang cerah kerana kebolehannya yang luar biasa.

“Dia (Dybala) perlu meninggalkan Juventus untuk kembangkan karier, memaksimumkan potensi dan membuktikan diri.

“Saya rasakan dia akan bertambah baik dalam segala perkara dan membuktikan dirinya.

“Dia suatu hari harus meninggalkan Juventus walaupun saya tidak pasti bila,” katanya.

Dybala direkrut Juve dari Palermo pada tahun 2015. Sejak  itu, Dybala tampil dengan prestasi terbaiknya dan menjadi salah seorang kunci dalam kejayaan pasukan.

Dengan kemampuan yang dimilikinya, pemain berusia 23 tahun itu kerap dikaitkan sebagai pengganti Lionel Messi.

Malah dikatakan turut diintai kelab gergasi Sepanyol iaitu Barcelona dan Real Madrid.

Penyerang berasal dari Argentina itu menegaskan kontraknya bersama Juventus sehingga tahun 2022.