PERLIS dipilih menjadi tuan rumah kejohanan Badminton Remaja Antarabangsa setelah membuktikan kecemerlangan menganjurkannya bagi kali pertama tahun lepas.

Kejohanan tersebut dijadual bermula 14 hingga 18 Ogos depan di Dewan 2020 di sini.

Presiden Persatuan Badminton Perlis (PBPs), Aamar Hashim berkata kejohanan itu dikelolakan bersama oleh PBPs dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Beliau yang juga Naib Presiden BAM berkata penganjuran pertama tahun lepas disertai 380 peserta daripada 13 buah negara termasuk Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Jepun dan China.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan pada kejohanan tahun ini untuk lelaki dan waita berumur bawah 19 tahun iaitu perseorangan lelaki, perseorangan perempuan, beregu lelaki, beregu perempuan dan beregu campuran.

Para peminat badminton tempatan idak melepaskan peluang menyaksi kejohanan itu tanpa bayaran masuk selain hadir untuk memberi sokongan moral kepada pemain negara, kata Aamar yang berharap kejohanan ini membantu memperkenalkan Perlis kepada dunia luar. - Bernama