PERJANJIAN 'gentlemen' yang diperkenalkan oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan tidak membenarkan bekas pemain berkasi menentang pasukan itu tidak harus dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu.    

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards menerusi catatan terbaharu dalam laman Facebook JDT menyataka: Johor Darul Ta'zim FC mendakwa bahawa perjanjian seperti itu telah lama diamalkan oleh kelab-kelab tertentu di Eropah.    

"Keputusan dan perjanjian dibuat untuk mewujudkan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak. Jadi, kepada individu yanvg kurang bijak, jangan cuba untuk membangkitkan isu yang kecil ini," kata beliau.    

Beliau mengambil contoh Mohd Amri Yahyah sambil berkata pemain veteran itu tidak dibenarkan berasi menentang JDT kerana kelab yang diwakilinya sekarang,  Melaka United tidak dapat membayar gaji penuhnya.

Oleh itu, Edwards berkata kedua-dua pasukan, masing-masing bersetuju membayar separuh gaji kepada pemain berusia 36 tahun itu.

Beliau berkata, dua bekas pemain JDT - Mohd Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaluddin juga menghadapi situasi yang sama kerana kedua-dua mereka dilarang menentang JDT memandangkan majikan mereka, Perak FA tidak mampu melunaskan  bayaran perpindahan berjumlah RM1.2 juta bagi kedua-dua mereka.    

"Apabila Perak tidak mampu membayar jumlah itu dan meminta jumlah tersebut dikurangkan kepada RM400,000, JDT bersetuju selagi kedua-dua pemain tidak beraksi menentang JDT," kata Edwards.    

"Situasi yang sama dihadapi (penyerang kebangsaan) Mohd Safee Sali apabila PKNS tidak mampu melunaskan bayaran penuh perpindahan kepada JDT, jadi Safee Sali tidak boleh bermain menentang JDT disebabkan wujudnya perjanjian 'gentlemen' dan JDT bersetuju membenarkan PKNS membayar separuh daripada jumlah tersebut," kata Edwards. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat persiapan awal dalam usaha meraih lebih banyak kejayaan dalam Liga Malaysia musim depan, dengan mendapatkan khidmat dua pemain muda – Adam Nor Azlin dari Selangor dan Mohamed Syamer Kutty Abba dari Pulau Pinang.
  • PEMAIN sayap lincah, Azammudin Mohd Akil mengesahkan beliau tiada lagi dalam senarai pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.
  • KELAB bola sepak dan pemenang Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memberikan duit hadiah kemenangan kejohanan tersebut kepada mangsa banjir Pulau Pinang.
  • KEJAYAAN pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa pulang trofi Piala Malaysia di negeri ini setelah sekian lama begitu dinantikan penyokong tegar pasukan berkenaan.
  • PERTAHANAN Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak mengakui kecewa apabila tidak dapat beraksi 90 minit pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang menyaksikan JDT melakar kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan, Kedah di Stadium Shah Alam, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.