PERANCIS berjaya merangkul kembali Piala Dunia setelah mengalahkan Croatia dengan jaringan 4-2 sebentar tadi.

Kesemua jaringan Perancis disumbangkan boleh gol sendiri Mario Mandzukic pada minit ke18, Antoine Griezmann (38), Paul Pogba (59), Kylian Mbappe (65).

Manakala jaringan Croatia disumbangkan oleh Ivan Perisic (28) dan Mandzukic (69).

Perancis adalah pasukan pilihan untuk beraksi di final kerana dibarisi ramai pemain bintang.

Perancis berjaya menebus kekecewaan tewas pada final Euro 2016 lalu dengan kejayaan ini.