PENYOKONG bola sepak perlu realistik dan tidak menjadi individu yang mudah menghamburkan makian dan kritikan apatah lagi tidak mengetahui perkara sebenar di sebalik sesuatu kejadian.

Ingatan itu disuarakan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan yang menyifatkan peminat keyboard warriors sebagai buta bola sepak kerana hanya mudah mencari kesalahan orang lain jika pasukan disokong tidak mencapai kemenangan.  

Beliau mengulas tindakan penyokong yang menyalahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan menuduhnya menggunakan kuasa sebagai presiden bagi mempengaruhi keputusan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam beberapa perlawanan.   

Menurutnya yang juga pengendali Felda United, tuduhan yang dilemparkan penyokong itu juga sebagai tidak berasas di sebalik kesungguhan Tunku Ismail untuk membangunkan liga dan bola sepak negara.

“Penyokong sebenarnya perlu realistik dan tidak melulu. Kalau dilihat, sebelum Tunku Ismail jadi presiden pun, JDT telah menang banyak kejuaraan. 

“Jadi, kalau nak menyalahkan presiden ini tak patutlah. Dulu semasa Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah jadi presiden, beliau juga dikritik bantu Pahang. 

"Tetapi, pasukan itu tidak jadi juara musim lalu, malah menghuni kelompok bawahan Liga Super,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Sathianathan, sudah menjadi lumrah seseorang menyokong kelab asalnya dan sokongan itu hanya sekadar sokongan biasa dan Tunku Ismail tahu batas yang perlu ada antara JDT dan jawatan presidennya.

“Mana-mana presiden pun datang daripada negeri dan sudah tentu kecintaan terhadap kelab itu masih ada. Tetapi tidaklah sampai menyebelahi kelabnya,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN berstatus kelab T-Team mengemukakan permohonan kepada Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) bagi menangguhkan pengesahan menyertai Liga Super musim depan yang dijadualkan berakhir hari ini.
  • AKADEMI Bola Sepak Hira’ (HFA) baru-baru ini menganjurkan Karnival Bola Sepak Hira’ 2017 di Klang untuk murid Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) bagi memupuk dan menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.
  • MENJELANG saingan pusingan kedua Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2017/18, Titiwangsa –PPJJ FC kian bersemangat memburu tiga mata untuk terus memimpin Kumpulan B, Zon Tengah 2 bagi memastikan laluan ke pusingan seterusnya terjamin.
  • PIHAK berkaitan perlu memberi perhatian kepada bakat muda dan memberi mereka peluang meningkatkan kemahiran mereka, kata bekas pemain kelab Liverpool dan Manchester United, Steve Mcmahon.
  • "INI bukan penamat untuk Pulau Pinang".
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.