KELETIHAN dan kekurangan air di dalam badan menjadi faktor hingga menyebabkan Pengurus Kuantan FA, Datuk Wan Solihi Wan Hassan rebah dan tidak sedarkan diri dalam kejadian mencemaskan di bilik persalinan pemain di Stadium Perak, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.15 malam itu, beliau yang juga Timbalan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) itu sedang bersalaman dengan pemain selepas tamat perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC yang berkesudahan dengan kekalahan tipis, 4-5.

Setiausaha Kuantan FA, Ahmad Muda berkata, dua faktor itu menyebabkan Wan Solihi rebah dan tidak sedarkan diri namun sedar sepenuhnya kira-kira jam 3 pagi tadi selepas dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh kira-kira jam 11.30 malam.

Menurutnya, keadaan Wan Solihi sudah stabil sepenuhnya dan dijangka dibenarkan keluar seawal petang ini ataupun selewat-lewatnya hari esok dan akan mendapatkan rawatan susulan di sini.

"Ketika kejadian, beliau sedang bersalaman bersama pemain dan pegawai pasukan selepas tamat permainan di bilik persalinan.

"Selain keletihan, mungkin tekanan yang dirasai ketika aksi perlawanan yang mendebarkan juga  boleh menjadi faktor," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, pihak persatuan memang terkejut dengan kejadian yang berlaku dan mengharapkan Wan Solihi berehat sepenuhnya selepas ini.

Dalam perlawanan tersebut, skuad kendalian Zulhamizan Zakaria itu terpaksa berputih mata untuk menempah tiket ke pusingan suku akhir saingan piala tersebut.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) terkilan dengan tindakan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang tidak berbincang dengan persatuan itu terlebih dulu. Ini berikutan kemelut gaji yang masih tertunggak yang dialami 25 p
  • PRESTASI buruk Kuantan FA selepas tewas dua perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana dikaitkan dengan suatu gangguan dalam pasukan itu.
  • SKUAD Kuantan FA melakar kejutan di minit-minit terakhir apabila menundukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 3-1 dalam aksi Liga Perdana 2017 di Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi.
  • SKUAD Kuantan FA optimis meletakkan sasaran sekurang-kurangnya untuk merangkul satu kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia 2017.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.