PENYERANG kebangsaan bawah 22 tahun, Syafiq Ahmad menyifatkan sebagai satu penghargaan besar kepada dirinya apabila beliau antara lima pemain yang disebut diperlukan oleh kelab gergasi Liga Super, JDT pada musim hadapan.

Perkara itu disuarakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut menyebut empat nama lain iaitu Adib Zainuddin, Syamer Kutty Abba, S.Kumaahran dan Adam Nor Azlin kerana kejayaan mereka membantu skuad kebangsaan menang pingat perak di pentas Sukan SEA 2017 baru-baru ini.

Bagaimanapun, Syafiq belum memutuskan hala tujunya bagi musim 2018 kerana perlu fokus terlebih dahulu kepada baki saingan Liga Malaysia 2017 bersama Kedah.

Katanya,  beliau sedia untuk mempertimbangkannya kerana kontrak bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan tamat pada musim ini.

"Biarpun ia merupakan spekulasi namun dari satu sudut, ia merupakan satu penghargaan apabila nama saya disebut oleh Tunku Ismail untuk memperkuatkan JDT pada masa hadapan bersama empat pemain kebangsaan bawah 22 tahun yang lain.

Namun sebenarnya saya tidak terlalu mengambil serius perkara itu kerana ada tugas besar lain bersama Kedah yang perlu diselesaikan sekarang iaitu untuk mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia tahun ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Syafiq kini bersama Hijau Kuning dalam persiapan separuh akhir pertama Piala Malaysia menghadapi  Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada malam Ahad ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GAMBAR penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad yang tular di media sosial bersama pemilik kelab Liga Super JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sejak semalam mendapat perhatian penyokong tempatan.
  • MASIH banyak yang perlu ditingkatkan dan kelemahan diperbaiki walaupun dirinya jadi perhatian pemilik Kelab Liga Super JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
  • ZAHASMI Ismail jelas kecewa apabila Kelantan gagal melaksanakan misi wajib menang setelah sekadar terikat seri tanpa jaringan dengan PKNS FC pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin.
  • KEGAGALAN pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapatkan penginapan berhampiran Stadium Tun Abdul Razak, Jengka menjadi punca Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) terpaksa menukar venue perlawanan dengan Felda United ke Stadium Shah Alam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.