PENGENDALI PKNS FC, Elavarasan akur kekalahan 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika berkunjung ke Larkin, kelmarin.

Menurut Elavarasan, anak buahnya melakukan beberapa kesilapan sehingga menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.

“Dia (Gonzalo Gabriel Cabrera) masuk ke kotak penalti dan cuba dapatkan sesuatu pada masa itu. Jadi mungkin kita terburu sikit nak tackle.

“Kalau lepas pun...lebih-lebih dia akan bagi satu crossing. Jadi saya fikir ia kesilapan kita buat semasa bertahan tadi,” katanya.

Elavarasan berkata, JDT merupakan pasukan yang bagus, namun kesemua anak buahnya sudah melakukan yang terbaik untuk mencari gol penyamaan.

“Kita cuba samakan kedudukan, tapi sampai minit terakhir, pemain cuba tapi bila tak dapat samakan kedudukan dan kita kena terima keputusan ini,” katanya.

Beliau turut akur dengan keputusan pengadil yang tidak menghadiahkan sepakan penalti ke atas PKNS FC apabila salah seorang pemainnya dijatuhkan dalam kotak penalti tuan rumah.

“Saya lihat dua situasi di mana pemain PKNS FC pergi direct ke penjaga gol, berbanding situasi penalti yang diberi kepada JDT.

“JDT punya penalti (kekasaran) dekat tepi, kita punya situasi adalah satu lawan satu dengan penjaga gol. Jadi apa anda fikir?,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BEKAS pertahanan PKNS FC, Azmi Muslim sah menyarung jersi Melaka United bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.
  • PENGURUS PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengesahkan The Red Ants bakal dibimbing jurulatih tempatan bagai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.
  • PELUANG Pahang ke pusingan suku akhir Piala Malaysia kembali terbuka selepas kenduri gol 6-0 ke atas PKNP FC dalam aksi peringkat Kumpulan A di Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi.
  • PENGURUS Perak, Ahmad Shahrul Azhar Sofian menuntut setiap pemain The Bos Gaurus agar memberikan aksi terbaik sekali gus melakar kemenangan ketika menentang PKNS FC di Stadium Ipoh malam ini.
  • PENGENDALI PKNS FC, E Elavarasan mengesahkan kemasukan tiga pemain import baharu ke kelab itu pada jendela perpindahan kedua yang sudah ditutup dua hari lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.