PASANGAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas kepada pasangan China pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton All England di Barclaycard Arena, Birmingham hari ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu menewaskan Lu Kai-Huang Yaqiong 21-18 pada set pertama sebelum kalah pada dua set seterusnya, 19-21 dan 16-21 dalam pertarungan selama sejam 26 minit yang disiarkan secara langsung oleh Astro Supersport malam ini.

Liu Ying yang baharu sembuh daripada kecederaan lutut tetap memberikan aksi membanggakan walaupun terpaksa akur dengan ketangkasan lawan pada set terakhir pada final itu.

Untuk rekod pertemuan, Peng Soon dan Liu Ying masih belum dapat mengatasi lawan mereka itu bermula di Terbuka Korea dan Terbuka Perancis pada 2015 dan Terbuka Australia tahun lepas.

Sebelum ini, Peng Soon dan Liu Ying sekadar menamatkan cabaran mereka di pusingan separuh akhir All England pada 2012 ketika tewas kepada pasangan  Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir dari Indonesia pada 2012.- Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PEMAIN beregu campuran negara, Chan Peng Soon mahu mengulangi persembahan cemerlang di Terbuka Macau minggu lalu apabila turun beraksi pada Kejohanan Badminton Terbuka China yang akan membuka tirai, hari ini.
  • BEREGU campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mahu meraih keputusan positif pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka China yang akan membuka tirai esok.
  • PEMAIN badminton profesional Malaysia Zulfadli Zulkiffli meneruskan prestasi cemerlangnya apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau hari ini.
  • DAIKIN Malaysia dengan kerjasama Pioneer Sports Management akan menganjurkan Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin 2017 di Sunsuria Pioneer Badminton Center, , Petaling Jaya pada 29 November hingga 2 Disember depan.
  • PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan aksi cemerlang dengan mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Bitburger di Saarlandhalle Saarbrucken di Jerman pada Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.