PENAJA utama pasukan Kedah, ECK bersedia  mencadangkan nama bekas penolong pasukan tersebut, Ramon Marcote kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk mengendalikan pasukan itu bagi musim 2018.

Ketua Pegawai kewangan ECK, Puan Sri  Ginney Chew berkata, beliau akan membawa perkara tersebut ke peringkat pengurusan tertinggi KFA sekiranya cadangan di Facebook rasminya, Ginnew Chew disukai 25,000 orang.

Semalam beliau memuatkan status 'What do u think ??? I need 25,000 like .

I will try my best . Prove to KFA u all want Ramon Marcote Pequeno 'Marco'. Ada cabaran barulah ada kejayaan'.

Setakat jam 12 tengah hari ini tulisannya itu disukai lebih 16,000 orang.

Beliau ketika dihubungi Sinar Harian melalui Facebook Messenger mengakui perkara tersebut untuk melihat sokongan terhadap Marcote terutamanya dari penyokong Lang Merah sendiri.

Marcote yang pernah bersama Kedah pada 2015 antara jurulatih yang dilaporkan berminat untuk kembali ke pasukan itu selain bekas Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez.

KFA kini sedang memburu ketua jurulatih baharu selepas pengendali sedia ada, Mohd Nidzam Adzha Yusof mahu kembali ke jawatan penolong jurulatih musim hadapan.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya kini sedang meneliti beberapa calon dan pengendali baharu Kedah dijangka diketahui pada penghujung bulan ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SERAMAI 20 marshal berbadan tegap dicari oleh Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk Persatuan bolasepak Kedah (KFA) untuk kawalan di pintu masuk dan memantau keadaan Stadium Darul Aman bagi saingan Liga Malaysia musim 2018.
  • LEBIH 1,000 penyokong setia Kedah telah mendaftar sebagai Ahli Keutamaan KFA pada hari jualan pertama di Pejabat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) di Stadium Darul Aman semalam.
  • PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) akan mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada pemain importnya, Liridon Krasniqi berkenaan desas-desus khidmatnya diperlukan oleh kelab Angers yang beraksi di Divisyen Satu Perancis.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) menambah baik jualan tiket musim ini dengan mengeluarkan kad keahlian penyokong Helang Merah berharga RM50 setahun.
  • DUA pemain import baharu Kedah iaitu bekas pemain kelab Ponferradina dalam Segunda Division B Sepanyol, Pablo Pallares dan pemain kebangsaan Filipina, Alvaro Silva secara rasmi mengikat kontrak selama setahun bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini.