PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan setiap pemain skuad Rusa supaya mempunyai mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan bagi memastikan kejayaan milik mereka.

“Kalau ada mentaliti untuk menang...Insya-ALLAH (kita boleh mencapai kemenangan). Jangan kita hidup ini berasa selesa, sebaliknya mesti sentiasa mahu berjaya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian menjelang perlawanan suku akhir kedua antara Negeri Sembilan dan Sabah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, malam ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut mengingatkan pemain supaya menganggap setiap perlawanan itu sebagai pentas akhir kerana matlamat skuad Rusa ialah untuk muncul juara.

“Saya doakan Negeri Sembilan menang pada perlawanan suku akhir kedua itu. Kita jangan mudah selesa...bermain dengan baik kerana setiap perlawanan berbeza,” katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan yakin empat pemain import yang dipilih mewakili pasukan itu adalah yang berkualiti dan mampu membawa negeri ini melangkah ke Liga Super bagi musim 2018.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.