AKSI persahabatan Harimau Malaysia bertemu Filipina di bumi Manila esok sebagai medan terbaik menebus maruah yang tercalar.

Berdepan The Azkals, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee turun dengan semangat baharu selain memburu kemenangan bagi memperbaiki ranking negara.

Pengkritik bola sepak tanah air, Khalid Ali menegaskan aksi di Stadium Memorial Rizal itu juga perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pemain untuk mengembalikan keyakinan peminat terhadap pasukan kebangsaan.

“Saya percaya Kim Swee ada sebab tertentu memilih pemain yang menyarung jersi negara. Jadi, mereka yang terpilih perlulah menjadikan ini sebagai peluang untuk membuktikan bahawa kita mampu bersaing di peringkat Asia dan antarabangsa.

“Apa yang penting, kita perlu buka lembaran baharu dan lupakan seketika kekalahan besar di tangan Palestin dan UAE (Emiriah Arab Bersatu) suatu ketika dahulu.

“Saya percaya pada waktu itu kita belum mencapai standard seperti sekarang dan diharapkan perlawanan pertama tahun 2017 bertemu Filipina dapat diterjemahkan dengan kemenangan untuk menyuntik moral pemain bagi menghadapi Korea Utara dalam saingan Piala Asia 8 Jun nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut meletak keyakinan tinggi terhadap perubahan landskap bola sepak negara apabila tampuk pemerintahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertukar tangan.

Ujarnya, jika FAM dipegang oleh individu yang berkredibiliti dan berintegriti tinggi seperti Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, beliau percaya Harimau Malaysia akan lebih digeruni pada masa depan

“10 tahun sahaja masa yang diperlukan untuk TMJ membuat perubahan dalam landskap bola sepak Malaysia,” katanya.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan keputusan seri terikat tanpa jari-ngan diperoleh pemainnya ketika menentang Filipina dalam perlawanan persahabatan di Stadium Memorial Rizal, Manila kelmarin keputusan baik dan memuaskan.
  • "RANKING tidak penting !". Itu kata bekas ketua jurulatih bola sepak negara, Datuk K Rajagobal kira-kira lima tahun lalu ketika menyifatkan prestasi skuad negara tidak boleh diukur dengan angka ranking semata-mata.
  • AHMAD Hazwan Bakri akui reputasi baiknya bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini bukan tiket untuk beliau dipilih secara automatik bagi membarisi kesebelasan utama skuad Harimau Malaysia.
  • KEPUTUSAN gelanggang berkecuali aksi Harimau Malaysia menentang Korea Utara bagi Kelayakan Piala Asia 2019 hanya diumumkan selepas mendapat persetujuan Persatuan Bola Sepak Korea Utara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.