SKUAD Tok Gajah menempah tiket ke pusingan suku akhir Piala FA 2017 apabila menundukkan Melaka United (MU) 2-0 di Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi.

Dalam pusingan ketiga Piala FA itu, skuad kendalian Dollah Salleh menyekat hajat lawan yang terpaksa berputih mata dalam perlawanan tersebut.

Tuan rumah mendapat gol pembukaan perlawanan hasil sepakan penalti pertahanan kelahiran Korea Selatan Jaewon Heo pada m-15 menerjah ke dalam gawang pelawat.

Pahang mendapat kad kuning pertama menerusi pemain tengah kelahiran Brazil Matheus Alves Leandro pada m-37.

Kedudukan kekal Pahang mendahului satu gol tanpa balas hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, kedua-kedua pasukan giat mencari peluang namun gagal.

Melaka nyaris mendapat peluang keemasan namun tendangan Godwin Antwi Birago terkena tiang kiri gawang tuan rumah pada m-78.

Sebaliknya derita lawan bertambah apabila pemain gantian Nor Azam Azih merembat deras ke dalam gawang lawan pada m-85.

Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Mohd Amirul Izwan Yaacob.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.