SKUAD Tok Gajah sekadar meraih satu mata selepas sekadar melakar keputusan seri 2-2 berdepan  The Red Giants dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini sebentar tadi.

Namun pelawat terlebih dulu mendahului permainan dengan gol pembukaan menerusi rembatan penyerang importnya Juliano Mineiro Fernandes dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Pahang Wan Azraie Wan Teh pada m-5.

Selang lima minit kemudian skuad kendalian Dollah Salleh kembali menyamakan kedudukan menerusi kapten pasukan Matthew Davies.

Aksi diteruskan dengan kedua-dua pasukan saling menyerang tetapi penyudah tumpul menghalang hajat mereka menambahkan jaringan..

Separuh babak pertama perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat satu jaringan sama.

Bersambung babak kedua Pahang lebih banyak menggasak dan antara peluang keemasan pada m-61 gagal dimanfaatkan menerusi sepakan Joseph Kallang Tie tinggi melepasi palang gol lawan.

Hanya tinggal tiga minit sebelum babak kedua berakhir pemain pertahanan tuan rumah Mohd Faisal Mohd Rosli memastikan Pahang kembali menyamakan kedudukan.

Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Fitri Maskon.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SELEPAS kekalahan kedua berturut-turut dicatat Selangor, sudah timbul desakan daripada penyokong meminta untuk Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menukar jurulatih baharu.
  • PELUMBA dari Perak, Ahmad Safwan Ahmad Nazeri meraih pingat emas acara akhir keirin individu lelaki bawah 19 tahun pada hari terakhir siri pertama Kejohanan Berbasikal Trek Remaja CIMB (JCM-CIMB) 2018 di Velodrom Nasional di sini, hari ini.
  • GANDINGAN penerjun negara Ooi Tze Liang-Chew Yiwei meraih pingat gangsa dalam Grand Prix FINA (Persekutuan Renang Antarabangsa) ke-24 di Rostock, Jerman pada petang Sabtu (awal pagi Ahad waktu Malaysia).
  • JURULATIH Perak, Mehmed Durakovic menganggap kecuaian pemain menjadi punca pasukannya tewas 2-3 kepada Kelantan pada saingan Liga Super di Kota Bharu, malam semalam.
  • PASUKAN Sabah mengekalkan kedudukan kedua carta Liga Premier walaupun sekadar seri 1-1 berdepan jiran tetangga, Sarawak pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.