Voula Papachristou
Voula Papachristou

BELUMPUN temasya Olimpik 2012 London bermula, sukan empat tahun sekali ini dicemari dengan insiden kenyataan berbaur rasis, sekali gus membawa kepada pemecatan atlet lompat kijang, Voula Papachristou pasukan Greek.

Atlet itu digugurkan daripada pasukan itu ekoran satu mesej yang dihantar menerusi Twitter

Papachristou dijadual untuk bersaing pada sukan yang akan dirasmikan Jumaat ini.

Menurut Hellenic Olympic Committee, kenyataannya memperlekeh pendatang Afrika dan menyatakan sokongan kepada parti sayap kanan melanggar semangat Olimpik.

Papachristou telah memohon atas jenaka "malang dan tidak menari."

Kenyatannya turut mengundang kecaman dan gesaan dari negaranya sendiir agar Papachristou disingkirkan daripada pasukan Greek kali ini.

"Dia telah membuat satu kesilapan dan dalam kehidupan kita, kita bayar kepada kesilapan yang kita lakukan," katanya kepada SKAI TV.