MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) meminta kerajaan agar tidak mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap tajaan dan sumbangan yang diberikan kepada persatuan sukan kebangsaan.

Presiden MOM, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar berkata, ia adalah bagi kepentingan pembangunan sukan negara.

"Resolusi ini diluluskan sebulat suara hari ini. Kita akan kemukakan perkara ini kepada Kementerian Belia dan Sukan agar mereka akan membawanya kepada Kementerian Kewangan.

"Pada asasnya apa yang mereka (persatuan sukan) mahukan ialah tajaan dan geran yang mereka peroleh bebas daripada GST.

"Kini mereka perlu membayar enam peratus GST atas segala apa yang mereka kutip dan bukan mudah untuk memperoleh tajaan. Jadi saya fikir sekiranya kerajaan mahu lakukan kebaikan bagi sukan, ini adalah antara cara yang mereka boleh tunjuk sokongan kepada persatuan sukan kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahunan MOM ke-36 di Wisma MOM di sini hari ini.

MOM turut bersetuju untuk memberi geran tahunan kepada ahli gabungannya yang ahli biasa akan menerima RM10,000, ahli bersekutu yang terlibat dengan Sukan SEA sebanyak RM6,000 dan RM3,000 bagi ahli bersekutu yang tidak terlibat dalam Sukan SEA.

Sementara itu Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo berkata kini perkhidmatan dan perbelanjaan berkaitan sukan dan acara adalah termasuk enam peratus GST. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN sukan kebangsaan masih berpeluang mengemukakan rayuan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menyenaraikan sukan dan acara yang dipertandingkan pada Sukan Sea 2017 di sini.
  • PERSATUAN sukan mempunyai hak mutlak menentukan had tempoh perkhidmatan pemimpin mereka mengikut perlembagaan persatuan masing-masing, menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
  • NAIB Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengulangi pendiriannya bahawa tiada keperluan bertemu dengan Presiden Kesatuan Olahrahga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim bagi membincangkan isu Maraton Antarabangsa Malaysia (MIM) 2015.
  • KUALA LUMPUR - - Jumlah penyertaan atlet Malaysia pada Sukan SEA di Myanmar pada Disember ini, dijangka diputuskan pertengahan bulan depan, kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.