PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria tidak menunjukkan tanda keresahan di sebalik kekalahan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2017 di Jakarta, semalam.

Beliau berkata kekalahan tersebut adalah sebahagian daripada proses bagi mencapai matlamat utama Chong Wei untuk bergelar juara dunia pada Ogos ini.

"Kita semua tahu matlamat Chong Wei adalah untuk mencipta kejayaan dan bergelar juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland.

"Prestasi yang ditunjukkan H.S. Prannoy ketika menewaskan Chong Wei juga sangat baik walaupun beliau menyertai kejohanan berkenaan bermula daripada pusingan kelayakan," katanya kepada pemberita selepas menemu duga calon bagi mengisi beberapa jawatan penting BAM di Akademi Badminton Negara, hari ini.

Semalam, Chong Wei yang juga pemain pilihan pertama kejohanan tunduk kepada wakil India, Prannoy dengan straight set 21-10, 21-18 dalam tempoh 40 minit, sekali gus menyaksikan impiannya untuk mempertahankan gelaran yang diraih pada tahun lalu musnah.

Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata 11 calon telah disenarai pendek dan ditemu duga bagi mengisi jawatan Pengurus Besar BAM.

"Semua yang disenarai pendek bagi jawatan pengurus besar ini mempunyai

latar belakang dalam sukan. Tidak semestinya badminton tetapi sukan-sukan lain juga," katanya.

Selain jawatan pengurus besar, BAM juga menemu duga empat calon bagi jawatan ketua akademi badminton negara dan empat calon bagi jawatan pegawai media BAM. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ATLET negara seharusnya lebih kerap merujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN) berhubung ubat atau produk suplemen yang diambil bagi mengelak terjerat dengan isu doping.
  • PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan semua pemain utama negara termasuk Datuk Lee Chong Wei ke Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia tahun depan.
  • TIADA apa yang boleh diungkapkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei selain menerima kekalahan dengan hati terbuka di pentas final Siri Super Terbuka Jepun, semalam.
  • PEMAIN perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan di Terbuka Jepun selepas tewas 14-21, 21-19, 14-21 kepada pemain utama Denmark, Viktor Axelsen di Tokyo, hari ini.
  • JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah untuk meraih kejuaraan ketujuh Terbuka Jepun selepas dengan bergaya melangkah ke pentasi final di Gimnasium Tokyo Metropolitan di Tokyo, hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.