NIKE dengan produk terbaharu pertamanya menawarkan produk yang sesuai dipakai untuk atlet muslimah.

Penghasilan produk yang akan dilancarkan pada awal tahun depan menjadikan tudung khas ini berfungsi sebagai penutup aurat wanita di bahagian kepala.

Dalam satu kenyataan, ini sekali gus menjadikan Nike sebagai pengeluar pertama yang menawarkan tudung kepada ahli sukan.

Tudung tersebut akan dipasarkan dengan jenama ‘Nike Pro Hijab‘ dengan reka bentuk membolehkan penggunanya mengekalkan prestasi di atas gelanggang.

Mengulas tentang material bagi menghasilkan produk ini, ia dihasilkan menggunakan bahan poliester yang ringan dan direka bentuk dengan lubang-lubang halus supaya tidak menyerap haba, serta cepat kering.

“Produk ini memerlukan tempoh setahun untuk dihasilkan dengan dorongan untuk kembali membawa misi Nike iaitu semua orang boleh menjadi atlet,” katanya.

Nike menggunakan beberapa atlet beragama Islam sebagai model seperti Amna Al Haddad, Manal Rostom dan Zahra Lari bagi tujuan mempromosikan Nike Pro Hijab.

Jelas, usaha itu susulan daripada aduan beberapa atlet wanita Muslim kepada syarikat itu mengenai kesukaran mereka untuk memakai tudung sesuai ketika beraksi.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.