JUARA dunia tujuh kali, Datuk Nicol David sudah berada di landasan yang betul untuk mempertahankan kejuaraan skuasy Siri Akhir Dunia 2013 apabila layak ke separuh akhir.

Pada pertandingan di The Queens Club, London semalam, Nicol, 29, hanya mengambil masa 19 minit untuk menempa tiket separuh akhir apabila mengatasi pemain Belanda, Natalie Grinham 11-4 dan 11-8 dalam perlawanan terakhir Kumpulan A.

Nicol muncul juara edisi sulung kejohanan itu tahun lepas dengan mengalahkan pemain Ireland Madeline Perry 11-9, 11-9, 11-9.

Kejohanan, yang menjadi kemuncak penghujung musim skuasy dunia itu, menampilkan lapan pemain terbaik wanita dan lelaki dunia. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.