RATU skuasy negara, Datuk Nicol David, semakin mara untuk mengakhiri kemarau pungutan gelaran juara selama 14 bulan apabila berjaya menempah tempat ke pelawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Wanita Ciudad de Floridablanca di Colombia Jumaat ini (Sabtu di Malaysia).    

Bagaimanapun, pemain pilihan kedua itu terpaksa berhempas-pulas dalam perlawanan lima set sebelum mencatatkan kemenangan 3-1 (8-11, 11-9, 11-6 dan 11-2) terhadap pemain pilihan ketiga dan pemain nombor 10 dunia, Alison Waters dari England pada perlawanan separuh akhir.    

Menurut pemain kelahiran Pulau Pinang itu, beliau amat gembira dengan kejayaan tersebut setelah agak resah apabila kalah pada set pembukaan.

"Saya berjaya mengawal permainan dan mula mencari sasaran dengan baik, yang membuatnya berasa tertekan.    

"Saya gembira kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir di sini, saya akan berjuang sepanuh hati. Apabila mara ke perlawanan akhir, kedua-dua pemain perlu bertarung dan itulah yang akan saya lakukan," kata Nicol.

Nicol yang mengungguli kejuaraan dunia sebanyak lapan kali dengan kali terakhir menjulang piala juara juara pada kejohanan Terbuka Hong Kong 2015, akan bertemu Olivia Blatchford dari Amerika Syrikat.    

Blatchford, yang tidak tersenarai sebagai pemain pilihn, membuat kejutan dengan mengetepikan pemain pilihan pertama, Amanda Sobhy, apabila rakan senegaranya itu terpaksa menarik diri ketika mendahului 10-5 kerana mengalami kecederaan tumit.

Sobhy menang dua set pertama dengan mata 11-1 dan 11-6. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • RATU skuasy negara, Datuk Nicol David hanya mampu mara setakat suku akhir Masters Wanita Saudi di Riyadh, Arab Saudi selepas tewas kepada, Nour El Tayeb , pada Rabu.
  • RATU skuasy negara, Datuk Nicol David, bermula dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Masters Arab Saudi 2018 di Riyadh, Arab Saudi.
  • JUARA dunia lapan kali, Datuk Nicol David tersingkir daripada Kejohanan Skuasy Dunia 2017 selepas tunduk kepada pemain Mesir Raneem El Welily di peringkat suku akhir dalam pertandingan yang berlangsung di Manchester, England.
  • RATU skuasy negara Datuk Nicol Ann David mempamerkan aksi cemerlang dengan menempatkan diri dalam kalangan lapan pemain terbaik selepas mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Skuasy Dunia 2017 di Manchester, England, semalam (awal pagi waktu Malaysia).
  • RATU skuasy negara, Datuk Nicol David memerah keringatnya sebelum mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Hong Kong yang berlangsung di Pusat Skuasy Hong Kong, hari ini.