RATU skuasy negara, Datuk Nicol David mengakhiri kemarau 15 bulan gelaran dalam Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas muncul juara kejohanan sulung Ciudad de Floridablanca di Colombia pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Nicol yang kali terakhir muncul juara di Terbuka Hong Kong pada Disember 2015, menunjukkan penguasaan gelanggang yang baik untuk menewaskan Olivia Blatchford dari Amerika Syarikat 11-3, 11-4, 11-8 dalam pertarungan selama 70 minit.

Walaupun perlawanan dihentikan selama 40 minit pada kedudukan 6-6 di set ketiga akibat hujan, ia tidak mampu menyekat Nicol untuk menambah gelarannya dalam jelajah dunia kepada 81.

Juara dunia lapan kali itu jelas gembira mengakhiri penantian gelaran selama lebih setahun.

"Memang perasaannya cukup hebat untuk kembali muncul juara selepas sekian lama. Ia begitu istimewa untuk saya menjadi juara pertama di Floridablanca dan ini pasti mendapat tempat di hati saya.

"Terima kasih kepada penduduk Floridablanca, ia adalah minggu yang istimewa kepada semua pemain," kata Nicol, 33, seperti dipetik dalam lam web PSA  www.psaworldtour.com. - Bernama

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • RATU skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David gagal mara ke final Kejohanan Dunia 2017 setelah kalah kepada pilihan keempat dari Hong Kong, Joey Chan.
  • SELAKU status pemain pilihan kedua, ratu skuasy negara, Datuk Nicol David tidak berdepan dengan sebarang tekanan untuk mempertahankan pingat emas buat kali keempat pada temasya Sukan Dunia (TWG) di Wroclaw, Poland, bermula 20 Julai ini.
  • RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David dijangka berdepan laluan sukar pada Siri Dunia di Dubai bermula 6 hingga 10 Jun nanti.
  • RATU Skuasy Malaysia, Datuk Nicol David layak ke final kejuaran skuasy Siri Dunia PSA Dubai 2016/17 yang akan berlangsung di Opera Dubai, Emiriah Arab Bersatu, Jun ini selepas muncul sebagai lapan pemain teratas dalam kedudukan Road to Dubai.
  • RATU skuasy negara Datuk Nicol David akan mengetuai cabaran skuad negara ke Kejohanan Skuasy Beregu Dunia yang akan berlangsung di Manchester, England dari 1 hingga 5 Ogos-5.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.