SKUAD hoki negara bakal diuji dalam dua perlawanan percubaan menentang New Zealand pada 23 dan 24  April ini dalam rangka persiapan menghadapi Piala Sultan Azlan Shah.

Bagi pengendali skuad negara, Stephen van Huizen, dua aksi itu bakal dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengenal pasti kelemahan pasukannya selain memantapkan keserasian sebelum kejohanan membuka tirai 27 April ini.

"Selepas cabaran Trofi Juara-Juara Asia di Kuantan tahun lalu, skuad negara tidak mendapat peluang untuk berlawan dengan pasukan yang berada di ranking lebih tinggi daripada kita. Ketika beraksi di Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua baru-baru ini, skuad negara juga bertemu pasukan ranking lebih bawah.

“Menentang New Zealand penting kerana pada aksi itu nanti saya dapat menilai prestasi sebenar pemain kerana New Zealand pasukan yang berada di ranking lebih tinggi daripada Malaysia. 

“Saya juga dapat meneliti setiap kekurangan dan kelemahan yang ada pada pemain saya sebelum kami ke Ipoh dan mempunyai masa untuk memperbetulkan setiap kekurangan serta kelemahan tersebut,” katanya.

Tambah jurulatih yang berusia 59 tahun itu, setiap pemain juga akan diberikan peluang untuk beraksi dan pemain perlu menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya jika mahu berada di dalam senarai pemain yang akan ke Piala Sultan Azlan Shah.

“Saya akan memberikan setiap pemain peluang untuk beraksi pada perlawanan percubaan itu nanti. Ini kerana saya bakal menjadikan perlawanan tersebut  sebagai medan untuk pemilihan pemain yang akan ke kejohanan itu.

“Saya yakin perlawanan menentang New Zealand akan menjadi pertemuan yang hebat dan ini merupakan peluang terbaik untuk pemain membuktikan kebolehan serta kemampuan mereka.”

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MALAYSIAN Tigers berada dalam kedudukan terbaik untuk meraih gelaran jaguh Asia dalam saingan Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh.
  • DHAKA - SKUAD hoki negara melaungkan amaran awal betapa; mereka; bertekad untuk muncul juara Piala Asia 2017 selepas membelasah China 7-1 di Stadium Hoki Kebangsaan Maulana Bhashani di Dhaka, Bangladesh, semalam.
  • KEJOHANAN Piala Asia di Dhaka Bangladesh dari 11 hingga 22 Oktober ini mungkin tidak begitu bermakna buat Malaysian Tigers setelah mengesahkan diri ke piala dunia tahun depan.
  • GABUNGAN pemain berpengalaman dan baharu akan memantapkan pasukan hoki lelaki negara menghadapi Kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru bermula 22 hingga 29 Oktober ini.
  • PERSATUAN Hoki Negeri Sembilan (PHNS) akan mengadakan sesi ujian terbuka pemilihan pemain di Stadium Hoki Seremban 2 di sini, Ahad ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.