NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Muhammad Nasir Hamzah mengesahkan akan bertanding merebut jawatan presiden pada kongres pemilihan persatuan itu, 17 September ini.

Muhammad Nasir berkata, beliau akan hadir untuk menandatangani borang pengesahan penerimaan pencalonan untuk kerusi nombor satu itu di pejabat Kafa dalam tempoh terdekat.

“Saya mengesahkan akan bertanding jawatan presiden. Saya berharap perwakilan memberi peluang kepada saya dan pasukan saya untuk mengangkat bola sepak Kelantan ke kedudukan lebih baik.

“Malah seperti saya beritahu sebelum ini, saya berjanji akan membuat perubahan terhadap corak kepimpinan persatuan dengan menawarkan barisan pemimpin lebih berdinamik dan berwibawa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Perebutan jawatan presiden tampak sengit membabitkan saingan lima penjuru setelah ahli gabungan iaitu Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) mencalonkan bekas Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, dua Naib Presiden, Muhammad Nasir dan Datuk Rosmadi Ismail, penaja utama The Red Warriors, Datuk Ir Shaari Hassan dan ahli perniagaan, Bibi Ramjani Ilias Khan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) lebih berminat untuk mendapatkan jurulatih dari luar negara bagi membimbing skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.
  • BEKAS pemain Kelantan, Salim Mahmud Muhaidin mengkritik Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengendalikan persiapan membentuk pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menyemak baki tempoh kontrak pemain muda Kelantan yang kini diintai beberapa kelab yang berhasrat mendapatkan khidmat mereka untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) meminta penaja yang masih mempunyai tunggakan penajaan agar menyelesaikan wang tajaan berkenaan bagi membolehkan pihak pengurusan persatuan itu melunaskan baki tunggakan gaji pemain Kelantan.
  • PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan menegaskan, Kelantan tidak akan mengibar bendera putih ketika pasukan pantai timur itu semakin hampiri ambang penyingkiran ke kancah Liga Perdana musim depan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.