$entry.content.caption.value
LONDON - Manchester United (MU) kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris hari ini dengan mengatasi musuh tradisinya Liverpool 2-1.
Kedua-dua gol MU dijaringkan pada separuh masa kedua perlawanan, oleh Wayne Rooney.
Luis Suarez menyumbat gol tunggal Liverpool ketika tinggal 10 minit sebelum perlawanan berakhir.
Dalam pada itu, pemain Uruguay itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila enggan bersalam dengan Patrice Evra sebelum perlawanan bermula.
Dengan 25 perlawanan setakat hari ini, MU telah mengumpulkan 58 mata untuk kembali ke tangga teratas manakala Liverpool pula mempunyai 39 mata.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.






