PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho menyalahkan jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang padat sebagai punca kecederaan bintang tengahnya, Paul Pogba.

Pogba mengalami kecederaan hamstring ketika United menang 1-0 ke atas Rostov pada aksi timbal balik peringkat 16 terakhir Liga Europa, awal pagi semalam.

Pemain antarabangsa Perancis yang juga pemain termahal dunia itu terpaksa dikeluarkan pada awal babak kedua dan digantikan dengan Marouane Fellaini.

Difahamkan, Pogba mungkin tersisih untuk tempoh kira-kira tiga minggu gara-gara kecederaan dialaminya.

Kecederaan Pogba itu merumitkan lagi masalah Mourinho untuk mengisi jentera tengah bertemu Middlesbrough malam esok, selepas Ander Herrera digantung dua perlawanan untuk saingan domestik selepas menerima kad merah pada aksi bertemu Chelsea sebelum ini.

"Bukan sahaja Rostov, tapi kami ada ramai musuh. Siapa musuh itu? Siapa yang susun jadual?

"Isnin lalu kami bermain dengan 10 pemain ketika berdepan Chelsea dan hari ini Rostov.

"Dan kurang 48 jam selepas itu kami bertemu Middlesbrough. Kami ada potensi untuk kalah.

"Pemain dalam keletihan. Situasi ini sudah tentu menggembirakan musuh-musuh kami," katanya.

Jaringan tunggal Juan Mata pada minit ke-70 memastikan slot suku akhir Liga Europa buat United hasil kejayaan 2-1 secara agregat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho berang dengan khabar angin mengatakan wujud hubungan dingin di antara beliau dengan Paul Pogba.
  • HENRIKH Mkhitaryan mendedahkan punca beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Manchester United.
  • KINI terjawab sudah masa mengenai masa depan Jose Mourinho di Manchester United apabila pengurus berasal dari Portugal itu dilanjutkan kontraknya sehingga musim 2020.
  • BINTANG Manchester United, Paul Pogba menyebut pasukannya sudah menemukan cara bermain terbaik selepas menumpaskan Stoke City.
  • PAUL Pogba menerima pujian Lagenda Arsenal, Thierry Henry selepas membantu kemenangan Manchester United.