PENGENDALI Manchester United, Jose Mourinho menyalahkan tugasan antarabangsa digalas pemainnya punca kelab itu gagal mencatat kemenangan ketika berkunjung menentang Stoke City, baru-baru ini.

Menurutnya, persembahan The Red Devils jelas berbeza selepas pemain mewakili negara masing-masing.

“Pemain menghadapi beberapa perlawanan yang sukar, ia beri kesan kepada kecergasan pemain.

“Mereka  tidak berada dalam tahap sepatutnya. Tapi kami masih lagi mampu berikan yang baik.

“Tetapi, ia bukanlah alasan apabila kami seri dengan Stoke. Bagaimanapun, kami perlu terima keputusan ini dan bersedia perlawanan seterusnya,” katanya.

United gagal meneruskan kecemerlangan tiga kemenangan berturut-turut selepas seri 2-2 dengan Stoke City di Stadium Bet365.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOSE Mourinho menegaskan terlalu awal untuk melabelkan The Red Devils sebagai calon juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
  • ROMELU Lukaku meminta penyokong supaya melupakan sorakan kontroversi terhadapnya, sebaliknya kembali fokus untuk menyokong Manchester United.
  • JOSE Mourinho ternyata puas dengan aksi anak buahnya dalam perlawanan menentang Everton.
  • LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs percaya Renato Sanches yang dipinjamkan ke Swansea City dari Bayern Munich mampu menjadi pemain hebat di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.