GAGAL menang ke atas Stoke City sebaliknya hanya seri 2-2 jelas mengundang rasa kecewa pengendali Manchester United, Jose Mourinho.

Menurutnya,  pasukannya lebih baik berbanding Stoke dan sepatutnya tidak berdepan masalah memungut tiga mata penuh.

“Saya memang tidak berpuas hati dengan satu mata ini kerana kami beraksi sangat baik. Saya tidak boleh terima keputusan sebegini.

“Pasukan kami berusaha mencipta kemenangan tetapi Stoke pula hanya cuba mencari satu mata selain banyak bertahan dan mereka melakukannya dengan sempurna sehingga kami gagal mencari gol kemenangan,” katanya.

Dalam perlawanan di Stadium bet365 itu, gawang United ditembusi dua kali oleh ketajaman penyerang Stoke, Eric Maxim Choupo Moting.

Bagaimanapun, The Red Devils menyamakan kedudukan melalui Marcus Rashford dan Romelu Lukaku.

Keputusan seri ini juga mengakhiri rentetan tiga kemenangan United selain turut mencatat bolos pertama dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.