KETUA Pegawai Eksekutif Manchester City, Ferran Soriano menolak khabar angin bahawa bintang Barcelona, Lionel Messi akan menyertai The Citizens.

Menurutnya, walaupun City sememangnya mengidamkan khidmat pemain itu, tetapi ia seolah-olah cerita dongeng untuk direalisasikan.

“Tidak, saya tidak rasa dia akan meninggalkan Barcelona. Saya kenal dia dan dia amat rapat dengan saya.

“Tahun depan mungkin dia akan menamatkan karier dengan Barca dan selepas itu mungkin dia akan berhijrah ke Amerika Syarikat atau China,” katanya.

Messi, 29, masih belum menyambung kontraknya bersama Barcelona yang akan berakhir musim ini.