MELAKA Titans mengetepikan tentangan sengit PDRM Defenders dan Putrajaya Cyborg untuk menjuarai saingan Divisyen Satu Sepak Takraw League (STL).

Ketiga-tiga pasukan berkenaan terikat 18 mata setelah memenangi perlawanan terakhir masing-masing, namun kemenangan 2-0 (21-17, 21-15) dilakar Melaka Titans ke atas Perlis Vipers membolehkan mereka bergelar juara menerusi menerusi beza hanya satu set.

Kejayaan itu bukan sahaja menyaksikan Titans kembali ke kancah STL Premier pada musim depan, tetapi turut layak beraksi di STL Champions Cup bersama-sama tiga pasukan terbaik dari STL Premier serta empat pasukan antarabangsa iaitu Thailand, Indonesia, India dan Korea Selatan.

Selaku juara, Melaka Titans membawa pulang RM12,000 dan lebih manis buat pasukan itu, jurulatih mereka Khairul Anuar Ibrahim dinobatkan jurulatih terbaik manakala tekong tinggi lampai Shahidan Md Ali dinobatkan tekong terbaik bagi saingan Divisyen Satu.

“Memang ianya KPI (petunjuk prestasi) yang saya tetapkan kepada diri sendiri, mahu bawa Melaka Titans kembali ke STL Premier.

"Saya diberi amanah buat pertama kali membimbing pasukan ini, syukur kita berjaya bangkit selepas jatuh pada musim lalu, ini adalah kejayaan milik semua.

“Saya bertuah kerana pasukan ini mempunyai pemain-pemain muda rata-rata dari usia 18-25 yang bersemangat tinggi dan begitu dahagakan kejuaraan.

"Saya berharap mereka dapat dapat memberi cabaran sengit apabila beraksi pula dalam STL Champions Cup nanti, kita tidak mahu sekadar jadi pelengkap,” kata Khairul Anuar.

Mengiringi Titans ke STL Premier musim depan adalah Defenders yang menamatkan saingan di tempat kedua susulan kemenangan 2-0 (21-8, 21-7) ke atas Kedah.  

Cyborg yang tampil cemerlang melakar kemenangan kelima berturut-turut dengan menewaskan Negeri Sembilan Antlers pada Ahad menamatkan saingan di tempat ketiga namun masih berpeluang merebut tempat beraksi di STL Premier.

Cyborg dan Pahang Mammoth akan beraksi di playoff menentang dua pasukan tercorot STL Premier yang dijadual berlangsung minggu depan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KERAJAAN negeri Perak meminta Majlis Sukan Negara (MSN) supaya tidak menggugurkan acara sepak takraw daripada dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di negeri itu dari 12 hingga 22 September ini.
  • TINDAKAN menggugurkan sepak takraw sebagai sukan teras negara serta tidak dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 diibaratkan sebagai membunuh warisan sepak takraw yang dicipta oleh anak Melayu, kata Pengasas Permainan Sepak Raga Jaring/Sepak Takraw, Tan Sri Mohd Yusoff Latif.
  • ALASAN pengguguran sukan angkat berat selain taekwondo dan sepak takraw pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak kini terus menjadi persoalan.
  • MAJLIS Sukan Negara (MSN) mengambil pendekatan mendiamkan diri apabila diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail yang menyifatkan badan induk itu tidak profesional dan `bermain politik’ apabila menggugurkan sepak takraw daripada program sukan teras.
  • BEKAS pemain takraw negara, Rommi Suhendra Norsal meminta Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berhenti menyalahkan Majlis Sukan Negara (MSN) susulan pengguguran sepak takraw daripada program sukan teras.