PENOLONG ketua jurulatih bola sepak pantai negara, Mohd Saiful Md Noor berharap pemain negara mendapat lebih pendedahan melalui penyertaan di Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan Ke-2  di Pantai Songdo, Busan, Korea Selatan pada 16 dan 17 September ini.

Menurutnya, tiada sebarang sasaran diletakkan dalam kejohanan ini sebaliknya lebih menyasarkan pemain mendapat pendedahan secukupnya

"Untuk kejohanan jemputan ini, saya pun tak tahu negara mana yang mengambil bahagian. Jadi kami tidak letak apa-apa sasaran tertentu dan cuma berharap pemain dapat pendedahan di sini.

"Macam yang kita tahu di Malaysia kita kurang pendedahan dalam acara bola sepak pantai. Kita pun tiada liga bola sepak pantai kita sendiri. Jadi kejohanan luar negara ini memang sangat baguslah untuk kita dapat lebih pendedahan," katanya.

Katanya, untuk kejohanan jemputan Busan ini, beliau bersama ketua jurulatih, Ismail Zakaria memanggil semula 15 pemain yang menyarung jersi kebangsaan pada Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC 2017 di Kuala Terengganu, Mac lalu.

Namun daripada 15 pemain yang dipanggil hanya 10 pemain sahaja terpilih untuk terbang ke Busan menyertai kejohanan itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berhasrat menubuhkan liga bola sepak pantai dalam usaha memastikan sukan itu terus berkembang di negara ini.
  • SELEPAS dibelenggu tiga kekalahan berturut-turut, pasukan negara akhirnya menamatkan saingan kumpulan A dengan meraih kemenangan tipis 2-1 ketika turun melayan kunjungan China pada Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC di Pantai Batu Burok , petang tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.