PENCAPAIAN cemerlang serta konsisten Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya membuahkan hasil apabila menjadi pasukan bola sepak tempatan pertama yang diiktiraf serta mendapat penganugerahan Malaysia Book Of Records (MBOR).

JDT atau lebih dikenali dengan jolokan Harimau Selatan itu dianugerahkan empat pengiktirafan MBOR atas pencapaian terbaik pasukan itu sejak tahun 2013 lalu.

Anugerah itu adalah membabitkan kejayaan JDT menjadi pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara memenangi Piala AFC pada 2015, menjadi pasukan pertama di negara untuk muncul juara Liga Super empat musim berturut-turut iaitu pada 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Selain itu, pengiktirafan juga diberikan kepada Harimau Selatan di atas kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sejak 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017 malah mengekalkan rekod tanpa dalam semua perlawanan liga pada musim 2016.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENJAGA gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Farizal Marlias bertekad untuk melupakan sejarah hitam dalam kariernya selepas selesai menjalani hukuman penggantungan yang dikenakan oleh Konfedarasi Bolasepak Asia (AFC).
  • JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berjaya menundukkan Persija Jakarta 3-0, malam tadi sempena perlawanan pertama kempen Piala AFC musim ini dalam kumpulan H.
  • BERAKSI dengan corak permainan menyerang dan mencipta banyak peluang akan menghasilkan lebih banyak kemenangan daripada kekalahan, kata ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Ulisses Morais.
  • PASUKAN Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mengutip tiga mata penuh di laman sendiri selepas menundukkan PKNP FC 3-0 dalam aksi saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
  • SKUAD Lang Merah memberi tentangan hebat meskipun gagal mempertahankan trofi Piala Sumbangsih selepas tewas 2-1 kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi di Stadium Larkin, Johor Bahru, malam tadi.