KYLIAN Mbappe dilihat mempunyai kualiti yang tinggi dan boleh menjadi setanding Cristiano Ronaldo dalam beberapa tahun akan datang.

Namun, bekas Pertahanan Perancis, Franck Leboeuf berkata, ia tidak mudah memandangkan Mbappe perlu terus menunjukkan perkembangan positif dalam kariernya.

“Dia (Mbappe) seperti mampu menjadi yang terbaik dalam tempoh beberapa tahun dan mungkin boleh menjadi Ronaldo yang baru.

“Dia mempunyai segalanya bahkan belum berusia 20 tahun selain sudah matang di atas padang. Saya percaya dia mampu pergi jauh,” katanya.

Mbappe menarik perhatian umum apabila tampil penuh bergaya membantu AS Monaco menjuarai Liga Perancis dan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.