KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada Azizulhasni Awang yang telah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan juara dunia bagi acara keirin di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia 2017 di Hong Kong malam kelmarin.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi beliau berkata, kejayaan Azizulhasni yang mendapat pingat emas benar-benar membanggakan beliau dan seluruh rakyat negeri Terengganu.

“Kemenangan tersebut sekali gus merekodkan satu pencapaian yang tidak pernah diduga apabila "The Pocket rocket Man"menjadi atlet pertama negara memenangi emas di kejohanan trek dunia yang sudah pasti menjadi rebutan pelumba yang lain.

“Saya yakin dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Azizulhasni Awang dapat memberi inspirasi kepada pasukan berbasikal kita, TSG untuk melahirkan lebih ramai atlet basikal yang berjaya,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Azizulhasni rangkul pingat emas pertama]

Menurut Ahmad Razif, beliau bersama barisan exco Kerajaan Negeri akan menemui anak kelahiran Dungun itu dalam masa terdekat bagi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kerana berjaya membawa bendera hitam putih ke persada antarabangsa.

Dalam masa sama beliau turut berharap veledrom yang dijanjikan kerajaan pusat untuk dibangunkan di Dungun sebagaimana diumumkan oleh Menteri Belia dan

Sukan, Khairy Jamaluddin dapat memberi manfaat kepada seluruh atlet berbasikal.

“Ia juga bakal menarik lebih ramai peminat terhadap acara berbasikal ini dan melahirkan lebih ramai juara.

“Pembinaan tersebut bukan sahaja dapat menaikkan lagi industri sukan malah sektor pelancongan juga akan terus meningkat dan ia bakal merealisasikan sektor baharu "sports-tourism" yang kita telah perkenalkan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PELUMBA trek elit negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal mara ke peringkat akhir pada siri kedua Kejohanan Piala Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Manchester, England, pada lewat Ahad (awal Isnin waktu Malaysia).
  • JAGUH trek negara Azizulhasni Awang tidak dapat menamatkan perlumbaan acara keirin pada siri pertama Piala Dunia di Poland kerana terlibat dalam pelanggaran dengan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.
  • IMPIAN 'The Pocket Rocket Man' - juara lumba basikal dunia acara keirin, Mohd Azizulhasni Awang untuk meraih emas acara itu pada Sukan Asia 2018 mungkin berkecai apabila penganjur temasya dilaporkan mahu menggugurkan acara berkenaan.
  • PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu juara Keirin Dunia, Azizulhasni Awang menjadi role model (contoh ikutan) rakyat Malaysia khususnya golongan muda dalam bidang sukan.
  • WALAUPUN sudah bergelar juara dunia, jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizuhasni Awang tetap tidak mahu 'bersenang-lenang' sambil menikmati kejayaannya meraih pingat emas acara keirin di Kejohanan Dunia di Hong Kong, baru-baru ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.