PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui Sadio Mane tidak melakukan sebarang kesalahan apabila dilihat bertindak mengasari penjaga gol City, Ederson.

Katanya, insiden itu tidak disengajakan dan sepatutnya pengadil tidak melayangkan kad merah kepada Mane.

“Mane tidak melihat Ederson dan hanya melihat bola tetapi tampak seperti kekasaran teruk. Saya tidak pasti adakah insiden itu layak diberikan kad merah.

“Tetapi saya juga lega apabila Ederson tidak patah tulang,” katanya.

Sementara itu, Guardiola juga mengakui ketiadaan Mane memudahkan kerja pemainnya mencari lebih banyak gol dan mendominasi perlawanan.

“Ketika situasi 11 lawan 11, permainan agak seimbang. Kedua-dua pasukan mempunyai banyak peluang.

“Tetapi setelah Mane dilayangkan kad merah, sedikit mudah untuk kami mencipta peluang dan hasilnya kami menang 5-0,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PEP Guardiola menempelak pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang cuba mempertikaikan keputusan pengadil selepas pasukannya tewas 3-1 di Etihad malam tadi.
  • PEP Guardiola mengakui berbangga dengan kemenangan tipis 2-1 Manchester City ke atas Napoli dalam aksi Liga Juara-juara Eropah di Etihad awal pagi tadi.
  • SERGIO Aguero pemain paling gembira sekiranya rakan sepasukannya di Argentina, Lionel Messi dapat bergabung dengan Manchester City.
  • PENGENDALI Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino kecewa dengan Pep Guardiola yang seolah-olah tidak menghormati pasukannya.
  • PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero dilaporkan sudah kembali berlatih selepas pulih dari kecederaan retak tulang rusuk baru-baru ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.