PEMAIN Liverpool, Sadio Mane mengakui menyesal dengan tindakannya memohon maaf kepada penjaga gol Manchester City, Ederson.

Dalam perlawanan yang berkesudahan memihak kepada The Citizens dengan jaringan 5-0 itu, Mane dilayangkan kad merah apabila mengasari Ederson pada babak pertama perlawanan.

“Saya mengharapkan dia sembuh dengan cepat. Saya minta maaf kerana dia tercedera ketika pelanggaran kami yang tidak disengajakan.

“Saya menyesal dan turut ingin memohon maaf kepada semua penyokong Liverpool,” katanya.

Akibat insiden itu, Ederson tidak dapat meneruskan permainan dan diusung keluar, namun pengendali City, Pep Guardiola mengesahkan penjaga golnya itu tidak mengalami kecederaan serius.

Bagaimanapun, pengendali The Reds, Jurgen Klopp tetap tidak berpuas hati dengan kad merah tersebut menyifatkan pemainnya tidak bersalah.

Mane bakal terlepas tiga perlawanan liga dan hanya akan kembali beraksi pada Oktober nanti.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERTAHANAN Liverpool semakin kebal dan lebih teratur.
  • PERTAHANAN Liverpool, Alberto Moreno berharap rakan sepasukannya Philippe Coutinho terus kekal di Anfield.
  • LIVERPOOL menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas membelasah Maribor 3-0 di Anfield, awal pagi tadi.
  • PENGERUSI Liverpool, Tom Werner menafikan kelab itu mendapat tawaran untuk dibeli oleh seorang jutawan Amanda Staveley dengan nilai £1.5 billion (RM 7.5 bilion).
  • "JANGAN bermimpi mahu merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini kalau begini keputusannya yang diraih," demikian pengakuan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp selepas The Reds terus mempamerkan permulaan buruk musim ini dengan kekalahan 1-4 di tangan Tottenham Hotspur di Wembley, awal pagi tadi.