MALAYSIAN Tigers mendapat tonik awal menjelang perlawanan pertama Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, London menentang Argentina awal pagi esok apabila melengkapkan tiga siri perlawanan persahabatan dengan kemenangan.

Pengendalinya, Stephen van Huizen berkata, tiga kemenangan tersebut memberikan keyakinan tinggi untuk pasukan menghadapi saingan lebih mencabar selepas ini selain menyifatkan pemain berada di momentum terbaik untuk memulakan kejohanan.

“Kemenangan tersebut memberikan keyakinan yang tinggi kepada pemain, tetapi kami masih perlu melakukan lebih lagi dalam perlawanan sebenar nanti.

“Enam pemain telah menjaringkan gol dalam dua perlawanan dan Tengku Ahmad Tajuddin serta Razie Rahim telah menjaringkan dua gol, tentunya ia sesuatu yang cukup baik buat pasukan,”katanya.

Dalam perlawanan persahabatan pertama bertemu Skuad Pembangunan Great Britain, Malaysia menewaskan pasukan tersebut 4-2 dan turut mencatat kemenangan 4-1 menewaskan Wales dalam aksi kedua.

Selepas itu, skuad negara menamatkan perlawanan persahabatan mereka dengan satu lagi kemenangan kali ini menewaskan Kanada 2-1, kelmarin.

Sementara itu, bercakap mengenai persediaan pasukan menjelang aksi sebenar Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, van Huizen  yang menyedari bakal bertemu dengan lawan hebat pada dua perlawanan pertama berharap mampu untuk mendapatkan keputusan positif dalam kedua-dua  aksi itu.

“Saya akan membuat video analisis sebelum perlawanan sebenar bermula sebagai persediaan bagi menghadapi dua lawan pertama kami iaitu Argentina dan England.

“Argentina merupakan pasukan nombor satu dunia dan saya boleh menjangkakan kami bakal berhadapan dengan satu perlawanan yang hebat. Apa jua keputusan perlawanan pertama kami perlu menerimanya tetapi saya sangat mengharapkan akan ada keputusan yang positif.

“Perlawanan kedua kami akan bertemu England dan untuk perlawanan tersebut saya mahu memastikan pemain bersedia sepenuhnya untuk menentang mereka,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MALAYSIAN Tigers berada dalam kedudukan terbaik untuk meraih gelaran jaguh Asia dalam saingan Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh.
  • DHAKA - SKUAD hoki negara melaungkan amaran awal betapa; mereka; bertekad untuk muncul juara Piala Asia 2017 selepas membelasah China 7-1 di Stadium Hoki Kebangsaan Maulana Bhashani di Dhaka, Bangladesh, semalam.
  • KEJOHANAN Piala Asia di Dhaka Bangladesh dari 11 hingga 22 Oktober ini mungkin tidak begitu bermakna buat Malaysian Tigers setelah mengesahkan diri ke piala dunia tahun depan.
  • GABUNGAN pemain berpengalaman dan baharu akan memantapkan pasukan hoki lelaki negara menghadapi Kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru bermula 22 hingga 29 Oktober ini.
  • PERSATUAN Hoki Negeri Sembilan (PHNS) akan mengadakan sesi ujian terbuka pemilihan pemain di Stadium Hoki Seremban 2 di sini, Ahad ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.