KUALA LUMPUR - Pulau Langkawi, Kedah telah bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Pelayaran Asia ke-15 yang akan berlangsung pada 17 hingga 25 Februari 2012. Sebanyak 279 pelayar-pelayar dari 24 negara-negara di Asia akan bertarung untuk 14 kelas dalam merebut gelaran Kejohanan Asia. Antara negara-negara yang mempunyai kontinjen terbesar pelayar termasuk tuan rumah Malaysia (44), Singapura (44), Hong Kong (35), India (27) dan China (18).
Dianjurkan bersama oleh Persatuan Kapal Layar Malaysia (MYA) dan Persekutuan Pelayaran Asia di Pusat Pelayaran Kebangsaan, Kejohanan ini akan menandingi pelayar terkenal bersama-sama dengan pendatang baru. Untuk melayakkan mereka bertanding, semua pelayar perlu menjadi ahli Kelab Pelayaran Nasional mereka.
Kelas Optimist berjaya menarik bilangan peserta yang terbesar, dengan 45 peserta. Antara pelayar terkemuka dalam kelas Optimist adalah Juara Optimist semasa dunia, Kimberly Lim yang berusia15 tahun dari Singapura. Walau bagaimanapun, Nabila Natasya, pelayar Malaysia dalam kelas Optimist pasti akan
menjadi cabaran buat untuk Kimberly.
Satu lagi kelas yang hangat dipertandingkan adalah Laser Radial, dengan Juara Dunia, Karati Bulong dari Thailand yang akan berdepan dengan Khairulnizam Mohd Afendy dari Malaysia. Pertemuan mereka dijangka akan memberi kemenangan yang mudah untuk Khairulnizam berdasarkan perlawanan sebelum ini dengan statistik 5 kemenangan kepada 1 untuk Khairulnizam.
Di samping kelas Optimist, Laser dan International 420 dan 470, perlawanan match racing juga akan dipertandingkan dalam edisi Kejohanan Pelayaran Asia ini. Match Racing telah berkembang di Malaysia sejak pengenalan Piala Monsun di Terengganu pada tahun 2005. Kejohanan Match Racing Malaysia, yang menyaksikan peningkatan penyertaan tempatan dari 4 pasukan pada tahun 2006 kepada 13 pasukan pada tahun 2009 adalah satu petunjuk yang jelas tentang perkembangan pelayar tempatan dari kelas Olimpik ke perlumbaan dalam keel bot.
Acara kelayakan akan mengambil tempat pada 6-8 Februari 2011 bagi penentuan pasukan mana yang akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Pelayaran Asia. Juara Malaysia Match Racing Jeremy Koo (Koo Racing Team) akan bersaing sengit dengan Hazwan Hazim Dermawan (Team Permai). Mohd Romzi Muhammad (MYA / KFC) yang kehadirannya dirasai pada MMRC yang lalu di Terengganu pada tahun lepas akan membuat kemunculan kali ini dan berharap dapat mengaut kemenangan. Angkatan Tentera Malaysia,Persatuan Pelayaran DiRaja Selangor dan Persatuan Pelayaran Kedah merupakan lain pasukan yang bersaing untuk merebut peluang untuk mewakili Malaysia.
SUMBER : T-Best Events Sdn Bhd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
Nama : Mira Navaretna
Tel : +603 7954 2204 (o)
Mobil: +6016 338 5341 (m)
Emel : mira@tbest.com.my
Nama : Rahyu Waris
Tel : +603 7954 2204
Mobil: +6012 3544 945
Emel : rahyu@tbest.com.my
- Bernama
Malaysia tuan rumah kejohanan pelayaran Asia ke-15
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.






