SEREMBAN - Majlis pelancaran jersi baharu Skuad Jang yang dijadualkan berlangsung pada 25 Januari ini di premis Al-Ikhsan di Seremban 2, di sini, telah ditunda ke satu tarikh lain.

Pengurusnya, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, bagaimanapun tarikh dan lokasi baharu pelancaran tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Keputusan ini dibuat selepas ambil kira pelbagai faktor melibatkan semua pihak. Antaranya, maklum balas dan sambutan luar biasa diterima daripada penyokong.

"Kita faham perasaan penyokong yang ternanti-nanti majlis pelancaran ini. Ramai yang teruja hendak melihat rekaan jersi baru pasukan.

"Jadi bagi pihak pengurusan, kita mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran semua," katanya.