AKTIVITI gusti lengan di Kedah akan kembali lebih aktif di bawah pengurusan baharu Persatuan Gusti Lengan Alor Setar Kedah yang mahu kembali memartabatkan sukan tersebut di negeri ini.

Presidennya, Baser Ismail berkata, pihaknya kini dalam perancangan untuk mengadakan pertandingan terbuka Kedah dan sudahpun mengenal pasti barisan penaja yang akan merealisasikan hasrat mereka.

Menurutnya, Perancangan tersebut adalah susulan kejayaan menganjurkan Kejohanan Gusti Lengan Persahabatan Kedah-Perlis-Pulau Pinang - Selangor 2017 baru-baru ini.

"Sambutan cukup mengalakkan malah kami juga menerima banyak maklumbalas dari persatuan-persatuan negeri lain selepas tahu Kedah kembali aktif sejak beberapa bulan yang lalu.

Selepas lebih dua tahun menyepi, kami mahu kembali menyemarakkan sukan ini selepas mendapat sokongan daripada pimpinan baharu dan juga sokongan generasi muda pada hari ini," katanya kepada Sinar Harian.

Baser berkata, usaha untuk kembali memartabatkan sukan tradisional itu mendapat sambutan terutamanya daripada generasi muda.

Menurutnya, setakat ini persatuan tersebut mempunyai tiga pusat latihan iaitu di Mergong, Alor Setar, Tanah Merah di Jitra dan Kuala Kedah.

"Gusti lengan dan tomoi adalah sukan rakyat yang mencuri perhatian masyarakat sebelum ini selepas sukan nombor satu iaitu bola sepak.

Kami tidak sangka sukan ini masih ada peminat dan pengikutnya malah terkejut kerana pada pertandingan persahabatan itu mendapat penyertaan yang baik dari empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.