PENGANALISIS bola sepak yang juga bekas pemain Manchester United, Gary Neville percaya Liverpool boleh menjadi antara pasukan yang akan menempah tiket ke saingan Liga Juara-juara Eropah musim depan.

Walau bagaimanapun, beliau menyifatkan The Reds perlu mencari jalan penyelesaian untuk mengubah corak permainan mereka.

“Liverpool sebuah pasukan yang sering menampilkan persembahan luar biasa di perlawanan besar. Mereka amat baik ketika beraksi dengan lawan yang mengamalkan taktik menyerang.

“Tetapi, bila berdepan pasukan yang cenderung  bertahan dan kekal dalam formasi, mereka berdepan masalah dan tidak mempunyai plan B.

“Oleh sebab itu mereka berpotensi untuk kembali tampil dengan prestasi buruk sehingga hujung musim. Harus diingat persaingan akan menjadi lebih sengit selepas ini.

“Jadi untuk kekal berada di posisi empat teratas, mereka perlu memperbaiki corak permainan mereka dan perlu tampil dengan pelan baharu,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERTAHANAN Liverpool, Alberto Moreno berharap rakan sepasukannya Philippe Coutinho terus kekal di Anfield.
  • LIVERPOOL menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas membelasah Maribor 3-0 di Anfield, awal pagi tadi.
  • PENGERUSI Liverpool, Tom Werner menafikan kelab itu mendapat tawaran untuk dibeli oleh seorang jutawan Amanda Staveley dengan nilai £1.5 billion (RM 7.5 bilion).
  • "JANGAN bermimpi mahu merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini kalau begini keputusannya yang diraih," demikian pengakuan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp selepas The Reds terus mempamerkan permulaan buruk musim ini dengan kekalahan 1-4 di tangan Tottenham Hotspur di Wembley, awal pagi tadi.
  • LIVERPOOL mampu menyekat serangan Harry Kane menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Wembley, malam esok.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.