MENANG tipis 2-1 ke atas Burnley membawa Liverpool kembali bersaing dalam saingan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurusnya, Jurgen Klopp bagaimanapun menyifatkan pasukannya bernasib baik mengutip tiga mata daripada perlawanan ini meski pun tampil dengan prestasi buruk.

“Biasanya ketika kami tampil dengan persembahan buruk, kami akan tewas. Tapi tidak dalam perlawanan ini.

“Burnley ternyata sebuah pasukan paling konsisten dalam gaya permainan dan semangat juang mereka tinggi untuk memenangi perlawanan.

“Apa pun saya sangat berpuas hati dengan tiga mata hasil penampilan buruk ini dan jelas kami perlu melakukan banyak perubahan untuk terus bersaing di kelompok teratas liga,” katanya.

Kemenangan ini mengekalkan The Reds di tangga keempat liga dengan ketinggalan 11 mata kepada pendahulu, Chelsea dan dibezakan satu mata kepada Tottenham Hotspurs dan Manchester City yang berada di tangga kedua dan ketiga.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERTAHANAN Liverpool semakin kebal dan lebih teratur.
  • PERTAHANAN Liverpool, Alberto Moreno berharap rakan sepasukannya Philippe Coutinho terus kekal di Anfield.
  • LIVERPOOL menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas membelasah Maribor 3-0 di Anfield, awal pagi tadi.
  • PENGERUSI Liverpool, Tom Werner menafikan kelab itu mendapat tawaran untuk dibeli oleh seorang jutawan Amanda Staveley dengan nilai £1.5 billion (RM 7.5 bilion).
  • "JANGAN bermimpi mahu merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini kalau begini keputusannya yang diraih," demikian pengakuan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp selepas The Reds terus mempamerkan permulaan buruk musim ini dengan kekalahan 1-4 di tangan Tottenham Hotspur di Wembley, awal pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.