“LIVERPOOL menunjukkan cara terbaik mengalahkan Manchester City,” kata Jamie Carragher.

Menurutnya, ramai orang sudah mengatakan tentang bagaimana untuk menewaskan Manchester City.

"Cara untuk melawan City adalah mengejar dan menekan mereka.

“Anda memang tidak boleh melakukannya selama 90 minit penuh dan kita lihat beberapa kali Liverpool tidak dapat merebut bola daripada mereka, tapi di sejumlah situasi, anda bisa memenangi bola,” kata bekas pertahanan Liverpool itu.

Liverpool menang 4-3 saat ketika menentang City di Anfield, kelmarin dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool mencatatkan 16 percubaan dengan tujuh di antaranya menepati sasaran, manakala City membuat 11 percubaan.

Gol permulaan The Reds itu diperoleh menerusi tendangan Alex Oxlade Chamberlain seawal minit ke sembilan namun jaringan pendahuluan itu dipntas City pada minit ke 40 menerusi jaringan Leroy Sane.

Roberto Firmino memulakan pesta gol Liverpool menerusi jaringannya minit ke-59 sebelum Sadio Mane menambah derita City dengan gol minit ke-61. Mohamad Salah turut mencipta nama sebagai penjaring pada minit ke-68.

City cuba bangkit dengan dua jaringan lewat pada minit ke-84 dan 90 melalui Benardo Silva dan Ilkay Guendogan.