LIMA pemain Liga Malaysia digantung dan didenda Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas didapati bersalah melanggar Kod Tatatertib badan induk bola sepak negara.

Mereka ialah Mohd Fazli Zulkifli dari PKNP FC, Suhairy Johari (ATM), Mohd Firdaus Azizul (Felcra FC), Ahmad Syamim Yahya (Pahang) dan Mohd Khairul Rizam Che Soh (T-Team).

Mohd Fazli dan Suhairy masing-masing didenda RM1,000 dan digantung empat perlawanan berkuat kuasa serta merta kerana didapati bergaduh semasa perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh pada 24 Februari lepas.

Mohd Firdaus turut dikenakan hukuman sama selepas didapati menumbuk pemain KDMM FC Mohd Helmi Sudin di bahagian perut ketika perlawanan Piala FAM pada 26 Februari di Stadium Mini Kompleks Sukan Keningau, Sabah.

Mohd Khairul pula didapati bersalah menumbuk pemain Pahang Shazlan Zaidin di bahagian perut semasa perlawanan Piala Presiden di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 2 Mac lepas yang mengakibatkan beliau digantung empat perlawanan dan didenda RM500.

Pemain Pahang Mohd Syamim yang didapati bersalah menunjukkan isyarat lucah semasa perlawanan Liga Super di antara Melaka dan Pahang di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 25 Feb lepas, digantung satu perlawanan dan didenda RM500.

Sementara itu, mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Kang Hwee Gee itu turut mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membayar RM5,000 kerana melanggar Artikel 70.2 Kod Tatatertib FAM 2015 berkenaan 'Tanggungjawab Bagi Kelakuan Penonton'.

Pada 14 Februari lepas, para penyokong skuad 'Hoben Jang Hoben' menceroboh masuk ke dalam padang Stadium Majlis Perbandaran Selayangs elepas tamat perlawanan Piala FA antara Selangor dan Negeri Sembilan. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BEKAS pemain bola sepak kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail tidak terguris dengan gesaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang meminta beliau agar berehat di 'muzium', kerana pandangan yang dilontarkannya sebelum ini adalah ikhlas.
  • PERKONGSIAN Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) membidas bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail yang menyalahkan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai punca kemerosotan prestasi skuad kebangsaan ketika ini.
  • PENGKRITIK sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim senada dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya semua pihak tidak terlalu mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan prestasi merudum skuad negara.
  • PEMINAT bola sepak negara diminta supaya jangan cepat menghukum barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas badan induk itu mengharungi tempoh turun naik dalam beberapa perlawanan antarabangsa.
  • FOOTBALL Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) akan menyerahkan laporan daripada pihak berkuasa berhubung insiden kekecohan selepas aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Ipoh, semalam, kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tindakan susulan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.