KAPTEN Chelsea, Gary Cahill yakin Liga Juara-Juara menjadi pentas pasukannya untuk menguji kekuatan.

"Kami merasa kami telah kembali ke tempat yang seharusnya buat kami dan beraksi bersama pasukan-pasukan terbaik di Eropah. Semua tahu musim lepas kami gagal untuk beraksi di pentas ini.

"Chelsea lebih dari mampu untuk bersaing di tahap ini dan sebagai sebuah pasukan ia adalah satu perjalanan yang menarik. Kami mempunyai kualiti yang baik dalam skuad dan akan menampilkan yang sebaiknya dalam setiap perlawanan," katanya.

Jelas Cahill lagi, rakan sepasukannya sememangnya bersemangat dalam liga ini selepas gagal musim lalu.

Chelsea mengesahkan slot Liga Juara-Juara setelah gagal layak pada musim lalu. The Blues yang berada di kumpulan C akan berdepan cabaran kelab Qarabag.

Skuad bimbingan Antonio Conte ini dikatakan berada di kumpulan sukar apabila turut bersaingan dengan AS Roma dan Atletico Madrid.

"Kami berada di kumpulan yang sukar, tapi itulah yang akan pasukan hadapi apabila berada di Liga Juara-Juara," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.