PENGENDALI Kedah, Tan Cheng Hoe mengesahkan tonggak utamanya, Liridon Krasniqi tidak dapat diturunkan dalam aksi suku akhir kedua Piala FA bertemu PKNP di Stadium Perak malam ini.

Cheng Hoe berkata, kecederaan dialami Liridon masih belum pulih dan doktor menasihatkan beliau untuk mendapat lebih rehat sebelum boleh kembali bermain.

Justeru, beliau menyenaraikan tiga pemain  yang berkemungkinan menggalas posisi Liridon.

"Posisi tersebut mungkin akan digantikan oleh tiga pemain iaitu antara Abdul Halim Saari, Fakri Saarani atau Syafiq Ahmad.

"Memang sukar beraksi tanpa Liridon kerana dia menjadi perancang utama di bahagian tengah, tetapi walau bagaimanapun ini memberi peluang kepada pemain lain untuk bersedia menggantikan posisi tersebut," katanya.

Mengulas taktikal yang akan diterapkan dalam perlawanan timbal balik ini, Cheng Hoe berkata, beliau tidak akan sesekali mengamalkan corak bertahan.

Sebaliknya, pasukannya akan terus beraksi dengan corak permainan biasa walaupun berkelebihan lima gol dari perlawanan pertama.

"Kali ini, pemain perlu bermain  bijak dan jangan sesekali ambil mudah PKNP.

"Saya percaya, mereka pastinya lebih terdesak untuk mencari gol awal bagi mengurangkan defisit jaringan.

"Apa pun diharapkan pemain dapat kekal fokus dalam perlawanan untuk melayakkan kita beraksi di pusingan separuh akhir," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KELAB Penyokong Bola Sepak Kedah mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berterus terang dan mengeluarkan kenyataan sama ada Kedah boleh bermain dalam kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan atau tidak.
  • PENAJA utama pasukan Kedah, ECK akan menghubungi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkenaan bekas penolong jurulatih Kedah, Ramon Marcote yang akan cuba dibawa masuk untuk mengendalikan pasukan itu pada musim hadapan.
  • PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) masih lagi menunggu keputusan rasmi berhubung permohonan lesen dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi melayakkan mereka beraksi di pentas Piala AFC 2018.
  • PENAJA utama pasukan Kedah, ECK bersedia mencadangkan nama bekas penolong pasukan tersebut, Ramon Marcote kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk mengendalikan pasukan itu bagi musim 2018.
  • PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah perlu terus kekal memimpin organisasi tersebut bagi memastikan persiapan pasukan bagi musim 2018 tidak akan terganggu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.