PENYANDANG juara Kedah menjanjikan kesebelasan terkuatnya bagi menyaingi jentera Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Shah Alam pada final Piala Malaysia 4 November depan, lapor WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.

Ketua Jurulatihnya, Mohd Nidzam Adzha Yusof berkata, kapten Khairul Helmi Johari dan Liridon Krasniqi sudah boleh beraksi selepas digantung satu perlawanan bertemu Felda United yang menyaksikan mereka menang 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu.

Menurutnya, mesin gol Lang Merah, Ken Ilso Larsen dijangka kembali beraksi selepas direhatkan akibat kecederaan.

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan layak ke final lagi dan saya nak ucap tahniah dan salute kepada pemain yang bermain sangat baik walaupun tanpa beberapa tonggak utama.

"Kita akan cuba dan berusaha kalau ada rezeki sekali lagi (untuk muncul juara) di Shah Alam dan akan berusaha untuk menggunakan Ken Ilso di final nanti,” katanya.

Sambil menyifatkan 2017 musim terbaik Lang Merah selepas menjulang Piala Sumbangsih dan Piala FA, Nidzam Adzha berkata, kini Hijau Kuning mahu melabuhkan tirai kempen Liga Malaysia mereka dengan mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia di bumi Darul Aman.

“Pada awal musim aksi Piala Sumbangsih, Kedah sudahpun bertemu JDT dan sekali lagi pada penghujung kempen Liga Malaysia kedua-dua pasukan akan bertemu di pentas final di Shah Alam,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEJAYAAN mendapatkan pengendali dari Sepanyol, Ramon Marcote diharapkan mampu menyuntik semangat Hijau Kuning untuk lebih berdaya saing menghadapi Liga Malaysia 2018.
  • PEMAIN baharu Johor Darul Ta'zim (JDT) Adam Nor Azlin tekad mahu menggunakan Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 pada 9 hingga 27 Januari ini untuk menarik perhatian pengendali JDT, Ulisses Morais, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.
  • JUARA Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berjuang bermati-matian pada Piala AFC 2018 kerana saingan musim depan mungkin aksi terakhir pasukan berkenaan dalam kejohanan peringkat kedua di rantau Asia itu.
  • HEBAT benarkah aura Ramon Marcote ini apabila namanya menjadi siulan sehingga seluruh pelusuk negeri Kedah termasuklah kedai kopi bawah pokok ketapang di Kodiang, Kedah.
  • BEKAS tonggak tengah Pulau Pinang, Mohamed Syamer Kutty Abba menyatakan persaingan yang ada dalam skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) akan memberikan impak positif dalam dirinya.